Antara berita kepintaran buatan dalam akhbar tempatan:
1. Memandu guna otak -Jangan anda tidak percaya, saintis kini juga sedang berusaha  membangunkan teknologi bagaimana manusia boleh memandu kereta tanpa  menggunakan tangan, sebaliknya hanya mengarahkannya melalui minda! Aplikasi dikenali sebagai BrainDriver itu akan menghubungkan otak  manusia dan komputer yang membolehkan kereta dipandu tanpa perlu  memegang stereng...
 2. Memanfaat kepintaran buatan menerusi teknologi semantik - Pengarah Kepintaran Buatan(Artificial Intelligent -AI) Mimos, Dr. Dickson Lukose berkata, teknologi semantik merupakan salah satu cabang AI. "Teknologi Internet yang digunakan sekarang hanya boleh menghubungkan  komputer dengan komputer lain dan tidak memberikan sebarang makna  kepada manusia."Bagaimanapun dalam teknologi semantik penghantar dan penerima  memahami satu sama lain dengan berhubung antara satu sama lain dengan  satu 'bahasa' yang sama," katanya...
3. Atasi masalah komputer guna algoritma semut - Semut merupakan serangga kecil dan hidup berkelompok. Namun begitu,  haiwan yang dianggap lemah ini telah memberi satu ruang kepada para  saintis untuk mencipta suatu jalan penyelesaian masalah berdasarkan  perilaku semut. Koloni semut merupakan satu pasukan yang bersatu dalam apa jua aktiviti sama ada mencari makanan atau membina sarangnya. Apa yang menjadi tanda tanya ialah, bagaimana semua boleh menjumpai sumber makanannya dengan cepat? Secara faktanya, semut sentiasa mendapat jalan pintas (laluan terpendek) untuk mendapatkan sumber makanannya...
No comments:
Post a Comment