Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts

Wednesday, 17 August 2011

Malay Chatbot - Bot Bahasa Melayu

A chatbot, chatter robot, chatterbot or chat bot is a computer program designed to simulate an intelligent conversation with one or more human users via auditory or textual methods, primarily for engaging in small talk. (Wikipedia)

Chatbot4U is the only website where anyone can create an infinite amount of chatbots and share them online or on instant messengers.

I try to create one chatbot that can speaks Malay language in the hope that one day its own Malay knowledge will grow over time. Try it!

Tuesday, 26 July 2011

Berita Kepintaran Buatan dalam Malaysia

Antara berita kepintaran buatan dalam akhbar tempatan:

1. Memandu guna otak -Jangan anda tidak percaya, saintis kini juga sedang berusaha membangunkan teknologi bagaimana manusia boleh memandu kereta tanpa menggunakan tangan, sebaliknya hanya mengarahkannya melalui minda! Aplikasi dikenali sebagai BrainDriver itu akan menghubungkan otak manusia dan komputer yang membolehkan kereta dipandu tanpa perlu memegang stereng...

 2. Memanfaat kepintaran buatan menerusi teknologi semantik - Pengarah Kepintaran Buatan(Artificial Intelligent -AI) Mimos, Dr. Dickson Lukose berkata, teknologi semantik merupakan salah satu cabang AI. "Teknologi Internet yang digunakan sekarang hanya boleh menghubungkan komputer dengan komputer lain dan tidak memberikan sebarang makna kepada manusia."Bagaimanapun dalam teknologi semantik penghantar dan penerima memahami satu sama lain dengan berhubung antara satu sama lain dengan satu 'bahasa' yang sama," katanya...

3. Atasi masalah komputer guna algoritma semut - Semut merupakan serangga kecil dan hidup berkelompok. Namun begitu, haiwan yang dianggap lemah ini telah memberi satu ruang kepada para saintis untuk mencipta suatu jalan penyelesaian masalah berdasarkan perilaku semut. Koloni semut merupakan satu pasukan yang bersatu dalam apa jua aktiviti sama ada mencari makanan atau membina sarangnya. Apa yang menjadi tanda tanya ialah, bagaimana semua boleh menjumpai sumber makanannya dengan cepat? Secara faktanya, semut sentiasa mendapat jalan pintas (laluan terpendek) untuk mendapatkan sumber makanannya...